Lelaki Sholeh Idaman Wanita Sholehah
Kadang kala kita salah dalam menilai seorang lelaki yang baik
berdasarkan kerja nya. Pada dasarnya lelaki yang baik itu sebenarnya
terletak pada agamanya. Banyak yang beranggapan lelaki beragama itu
mestilah seorang ustaz, imam masjid, pelajar agama dan seumpamanya. Lelaki yang baik dan beragama itu mempunyai sifatnya yang tersendiri.
SOLEH dapat di definisikan
sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi
zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari
sumber yang haram).
Sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari
perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang
NERAKA yang amat dalam. Ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada
Allah swt. dan Rasul nya walau dimana saja mereka berada.
seorang wanita, akan mencari lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini sebagai berikut:
* Kuat amalan agamanya.
Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.
Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat
ini boleh dilihat terutama sewaktu bertemu.
* Akhlaknya baik.Yaitu seorang yang tampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut.
Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang
mulia.
* Tegas mempertahankan Jati-diri nya.Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang dapat menjatuhkan nama-baiknya.
* Amanah.tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
* Tidak boros.tetapi tidak pelit. Mengerti menggunakan uang untuk keperluan yang bermanfa’at dengan bijaksana.
* Menjaga mata.dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
* Pergaulan yang terbatas.tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
* Mempunyai kawan pergaulan yang baik.Kawan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
* Bertanggung-jawab.Lihatlah dia dengan keluarga dan Ayah Ibu nya.
* Wajah yang tenang.Terlihat dari cara berbicara, Bekerja dan saat dalam suasana Cemas.
* Jika berhadapan dengan masalah.Tidak mudah mengumpat dan cepat marah karena syaitan tidak suka manusia dengan kesabarannya. Maka cobalah untuk bersabar dan terus bersabar,INSYA ALLAH akan memberi ketenangan.
Semoga Sifat-sifat ini dapat diamalkan oleh semua kaum lelaki yang mencari ridha Allah.
Buat wanita solehah yang mencari pasangan yang soleh, cobalah anda
perhatikan Sifat-sifat yang terangkum di atas pada setiap lelaki yang
anda kenal. Jika Sifat-sifat ini ada pada mereka. Walau bagaimanapun
juga, tidak semestinya semua sifat di atas terpenuhi, jika hanya
terdapat 5-6 sifat itu sudah memadai. Manusia dapat berubah suatu saat
nanti.
Insya Allah sifat-sifat baik yang lain akan menyusul dengan usaha dan kesabaran untuk mencapainya.
Rasulullah bersabda :
Nikahilah seseorang disebabkan keturunan, wajah, harta dan agamanya, yang paling baik ialah AGAMAnya.
KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH
YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIST
* Senantiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah S.A.W.
* Jihad Fisabilillah adalah maklumat dan program hidupnya.
* Ikhlas dalam beramal.
* Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
* Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
* Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
* Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
* Solat malam menjadi kebiasaannya.
* Tawakal penuh kepada Allah ta’ala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt.
* Selalu berinfaq dalam keadaan lapang maupun sempit.
* Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
* Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
* Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahasia.
* Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, senantias.
* saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
* Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Sabda Rasulullah:
“Orang yang terbaik
diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku
adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” … ( HR Ibnu Majah ).
Subhanallah sekarang kita telah mengetahui sifat-sifat lelaki sholeh,semoga kita sebagai wanita tidak salah pilih untuk mencari pasangan hidup,dan semoga penjelasan diatas dapat bermanfaat..
Amin..
ARTIKEL NYA COPY PASTE YA DARI BLOG YANG LAIN NYA . SEMUA SAMA ARTIKEL NYA
BalasHapuscopast yaa gan :) syukron
BalasHapus